PPjB Ir. Wan Mohammad Zaidi Bin Wan Isa
Ketua Cawangan Penghapus Bahaya Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Beliau telah berkhidmat selama 30 tahun sepanjang perkhidmat di tempat kan di Bahagian Keselamatan Kebakaran dan Bahagian Penguatkuasaan.

Pengalaman dan Pengetahuan:

Pengetahuan berhubung dengan Keselamatan Kebakaran

  1. Menghadiri kursus building code di beberapa negara iaitu Building Code Ireland di Dublin Ireland, Dokumen B (kod bangunan) United Kingdom di England, Fire Prevention Technics di Nagoya Japan, Building Code Australia di Melbourne dan NFPA Code 101 National Fire Protection Association (NFPA).
  2. Menghadiri kursus berkaitan dengan Preformance Based Engineering Approach di Melbourne Australia
  3. Menghadiri seminar yang berkaitan dengan performance-based diluar negara iaitu the 6th International Conference on Performance-Based Codes and Fire Safety Design 2006 yang dianjurkan oleh The Society of Fire Protection Engineers at the International Conference Hall of Wareda University in Tokyo, Japan dan pada 2014, “10th International Conference on Performance-Based Codes and Fire Safety Design Method” juga dianjurkan oleh The Society of Fire Protection Engineers di Sheraton Mirage Resort Gold Coast, Queensland, Australia. Saya telah menghadiri seminar dan expo dianjurkan oleh NFPA pada tahun 2005 di Las Vegas dan 17th International Conference on Fire Safety Science and Technology 2015 di London pada tahun 2015.
  4. Terlibat dengan kelulusan pelan dan penentuan keperluan kelengkapan sistem menentang kebakaran bagi bangunan yang menjadi ikon Negara seperti KLCC, KL Tower, KLIA dan lain-lain projek yang besar dan kecil.
  5. Dijemput untuk memberi ceramah diseminar-seminar samada dianjurkan oleh jabatan atau badan professional seperti IFE, ACEM, PAM dan MFPA dan 4TH INTERNATIONAL CONFERENCE ON GREEN PURCHARSING.

Terlibat dalam pelbagai komiti teknikal bagi penyediaan garis panduan dan piawaian;

  • Ahli Jawatankuasa Teknikal (TC) penulisan Piawaian Malaysia:-
    • TC Smoke Management
    • TC Clean Agents
    • TC Ergonomic
    • TC Civil and Structure
    • TC Passive System
    • WG Fire Extinguisher
    • TC MS830 – pemasangan dan penyimpanan LPG
  • Komiti Pembangunan Standard Pekerjaan – CIDB.
  • Komiti Jawatankuasa Kajian Semula Langkah-Langkah Keselamatan Petroleum – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
  •  Komiti Jawatankuasa semakan semula Undang-undang Kecil Bangunan Seragam
  • Jawatankuasa Bagi Menyediakan Pelan Induk keselamatan Industri Lif Dengan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysi
  • Terlibat dengan komiti-komiti yang ditubuhkan oleh jabatan bagi membuat beberapa garis panduan, arahan-arahan jabatan dan prosedur tertentu.

Telah dilantik sebagai pensyarah sambilan di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengajar diperingkat Sarjana Pengurusan Keselamatan Industri (Pencegahan kebakaran, letupan dan pelepasan bahan toksik) dan Diploma Siswazah Pengurusan Keselamatan Industri (perlindungan kebakaran).

Telah dilantik sebagai pensyarah sambilan di Universiti Teknologi Malaysia bagi mengajar pelajar Executive Master In OSH Management.

Dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Salehuddin Shah Alam, Selangor.