Seminar ini adalah satu kerjasama antara JBPM Kuala Lumpur melalui PERSKEB Kuala Lumpur dan Badan Profesional (ACEM & PAM) untuk perkongsian pengetahuan dan tanggungjawab setiap pihak. Usaha ini bertujuan ke arah meningkatkan kecekapan antara kedua-dua pihak dalam proses pengemukakan dan pemprosesan pelan agar lebih lancar.

Ini adalah satu isu yang telah dibangkitkan dalam pelaporan statistik yang dilaporkan dalam Dialog Bersama Profesional yang diadakan dua kali setahun oleh JBPM Kuala Lumpur. Sehubungan itu, pihak professional bersetuju agar satu solusi diadakan dalam membantu mengurangkan penolakan pelan berulang. Secara langsung ini akan mengurangkan masa dan tenaga kerja yang diperlukan.

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!

Jom daftar Seminar Sistem Pasif 2!

Pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat secara atas talian.