Apakah objektif seminar ini?

Objektif seminar ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang keperluan terkini Akta Perkidmatan Bomba 1988 (Akta 341) Pindaan 2018 yang akan mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2020.

Apakah pindaan ke atas Akta Perkidmatan Bomba 1988 (Akta 341)?

Antara pindaan Akta 341 ini adalah mensyaratkan setiap Premis Ditetapkan yang harus memiliki Perakuan Bomba perlu menubuhkan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) di premis masing-masing. Penubuhan OKK adalah satu keperluan untuk pengeluaran Perakuan Bomba.

Dimanakah maklumat seminar ini boleh dirujuk?

Seminar ini boleh dirujuk melalui laman web rasmi Seminar Bomba iaitu https://www.seminar.bomba.com.

 

Adakah penyertaan seminar ini terbuka kepada semua lapisan peserta?

Kumpulan sasaran peserta adalah daripada Pemilik Premis, Pengurus/Pegawai Keselamatan Bangunan, Arkitek, Konsultan/ Jurutera Perunding M&E, Kakitangan Kerajaan/Swasta, Badan Pengurusan Bersama (JMB), Kontraktor PKK dan Syarikat Insurans.

Apakah kefahaman yang diperolehi daripada seminar ini?

Seminar ini adalah untuk memberi kefahaman tentang keperluan Perakuan Bomba yang melibatkan perkara berikut:

  • Fire Safety Organisation in Designated Premises
  • Fire Safety Manager (FSM) and Fire Safety Officer (FSO)
  • Fire and Emergency Response Plan (FERP)
  • Fire Certificate (FC)
  • Fire Safety Report (FSR)

Berapakah kadar bayaran pendaftaran bagi seminar ini?

Yuran pendaftran adalah RM 500 bagi setiap peserta.

Bagaimanakah cara untuk mendaftar seminar ini?

Pendaftaran seminar ini boleh dibuat melalui Laman web rasmi Seminar Bomba iaitu https://www.seminar.bomba.com di ruangan daftar online. Laman web rasmi Seminar Bomba menyediakan gerbang pembayaran atas talian yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi untuk menerima sebarang bayaran yang berkaitan dengan pendaftaran.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat pembayaran seminar ini, apakah yang perlu saya lakukan?

Laman web rasmi Seminar Bomba iaitu https://www.seminar.bomba.com menyediakan gerbang pembayaran atas talian yang mempunyai tahap keselamatan yang tinggi untuk menerima sebarang bayaran yang berkaitan dengan pendaftaran. Buat masa ini, Laman web rasmi Seminar Bomba menerima pembayaran secara atas talian menerusi SenangPay. Walaubagaimanapun peserta masih boleh membuat pembayaran secara manual melibatkan cek, Pesan Kerajaan (LO) dan pembayaran wang tunai boleh dibuat di Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur.

Bolehkah saya membuat perubahan terhadap borang pendaftaran yang telah dihantar?

Sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada borang pendaftaran yang telah dihantar, anda boleh mengemukakan email melalui laman web rasmi Seminar Bomba atau menghubungi Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur sebelum 27 September 2019. Sila rujuk ruangan daftar online dalam Laman web rasmi Seminar Bomba.

Bagaimanakah pengesahan kehadiran dilakukan semasa menghadiri seminar ini?

Pengesahan kehadiran akan dilakukan menggunakan QR Code Scanner oleh urus setia yang bertugas. Peserta perlu membuat imbasan QR Code sebanyak 2 kali sepanjang dijalankan iaitu semasa pendaftaran dan sesi petang.

Adakah saya akan menerima kredit Continuing Professional Education (CPE) sekiranya menghadiri Seminar Keselamatan Kebakaran?

Ya. Kredit CPE disediakan untuk seminar ini.

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya pulang awal dari seminar atau terlepas sebahagian daripada seminar?

Anda hanya akan menerima kredit CPE untuk sesi yang anda hadiri.

Adakah bahan seminar termasuk dalam yuran pendaftaran? Bolehkah saya mendapatkan bahan seminar lebih awal?

Ya. Bahan seminar adalah termasuk dalam yuran pendaftaran. Setelah pendaftaran, e-mel pengesahan akan dihantar secara automatik bersama bahan seminar.

Apakah Dress Code untuk seminar ini?

Business casual atau formal.

Bagaimana untuk saya menerima sijil kehadiran Seminar Keselamatan Kebakaran?

Sijil boleh dimuat turun daripada sistem atas talian selepas seminar dijalankan.